in

Turun Berat 1.8 kg Dalam 2 Hari

Rekod Penurunan Paling Laju Dalam 2 Hari

Hilang 1.8 kg Dalam 2 Hari

Hilang 1.8 kg Dalam 2 Hari | Selama saya terlibat dalam online coaching turun berat badan secara online, ini adalah penurunan paling pantas dalam tempoh 2 hari.

Alhamdulillah, salah seorang peserta yang dah berada lama dalam group tapi baru start. Baru panas enjin..

Well, selama ni pun hanya measure berat setiap 2 minggu sekali. Tapi memandangkan peserta yang bagi, saya terima dan analisa jugalah.

Setelah banyak hari personal message dengan saya akhirnya kena red button, rasa tercabar nak mula usahakan proses turun berat.

Tanpa disangka-sangka, dalam 2 hari beliau berjaya turun 1.8kg. Ya, itu sangat banyak..

Nasihat saya, jangan terlalu selesa.. just keep going.

Analisa ringkas saya untuk penurunan ini:
Wujud faktor turun berat air yang banyak juga memandangkan baru bermula.

Biasanya waktu-waktu terawal banyak turun berat sebab mula elakkan garam dan gula. Jadi, air mula hilang dari badan bersesuai dengan keperluan.

Kandungan garam (sodium) yang tinggi akan buatkan badan simpan lebih banyak air. Gula pun macam tu juga.. lebih tinggi gula, lebih banyak air akan berada dalam badan.

Jadi, penurunan garam dan gula akan menjadi faktor besar dalam pembuangan air berlebihan dari badan.

Kemudian, oleh kerana beliau tak ikut saranan saya untuk kira calorie intake setiap kali makan, mungkin beliau makan kurang daripada apa yang saya cadangkan.

Setiap peserta perlu ikut keperluan masing-masing.

BMI (Body Mass Index) setiap orang berbeza, BMR (Basal Metabolic Rate), DCR (Daily Calorie Requirements), umur, workout semuanya berbeza jadi memang perlu ikut kiraan individu,

Kalau personal coaching memang saya dah sediakan semuanya, siap dengan kira-kira semua sekali.

Tinggal ikut je..

 

Ok, saya nak ingatkan semula kepada peserta Kurus Dari Rumah, saya cadangkan timbang berat sekali dalam 2 minggu.

Paling cepat pun seminggu sekali.

Tak perlu hari-hari, tak perlu terlalu kerap sebab setiap hari berat badan kita akan berlaku turun dan naik atas pelbagai faktor.

Faktor cuaca, faktor aktiviti fizikal, faktor makan minum dan lain-lain.

Contohnya, jika cuaca sejuk udara bercampur lebih banyak dengan partikel air. Kita bernafas dan sedut banyak air lebih berbanding pada hari panas atau cuaca kering.

Jadi, ini akan mempengaruhi sedikit sebanyak berat air dalam badan.

Katakanlah satu hari tu, kita buat aktiviti fizikal di luar.. kita aktif dan kehilangan lebih banyak air dari biasa atau semalamnya. Tentu sekali ia juga mempengaruhi berat secara overall.

Isunya, hari ni turun berat, esok mungkin tak bergerak atau naik sikit.

Kebanyakan masa juga, perubahan setiap hari adalah sikit jadi disebabkan faktor-faktor sebegini ia nampak macam tak bergerak atau naik sikit.

Ini akan mempengaruhi emosi anda.
Anda rasa dah usaha tapi tidak berhasil dan stress.
Terus rasa ia tak berkesan dan mula putus asa.

Stress pula akan buatkan tubuh simpan lebih banyak lemak.
Jadi, secara di luar kawalan tubuh sedang melawan usaha turun berat.
Makinlah payah nak turun.

So, please.. ikut je tau.

1 minggu sekali atau 2 minggu sekali should be great untuk track progress anda.

Apapun, tahniah kepada peserta sebab dah berjaya bermula dan lakukannya.

Makan wajib 5 kali sehari.
Saya minta untuk makan nasi setiap kali lunch.
Saya amat galakkan untuk lakukan senaman secara berkala supaya result lebih cepat dan tubuh lebih sihat.

Fitness (kecergasan) hanya boleh kita dapat melalui aktiviti fizikal seperti bersenam.

Anda Nak Turun Berat Dengan Cara Yang Mudah, Praktikal, Betul, Selamat dan Terbukti Berkesan?

Free Online Coaching (Group) dan Personal Coaching.

Whatsapp / Telegram Sekarang : KDR‘ ke 018-4024 608

Pengambilan adalah terhad.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Facebook Comments

Rebecca Hilang 104 Pound Dengan Diet Ini

Turun Berat 80.2 kg Jadi 77.7 kg Dalam 5 Hari