in ,

Minum 1 Liter Air Masak Untuk Setiap 25kg Berat

Minum 1 Liter Air Masak Untuk Setiap 25kg Berat

Minum 1 Liter Air Masak Untuk Setiap 25kg Berat | Berapakah jumlah air yang perlu anda minum untuk membantu proses turun berat badan?

Keperluan air harian setiap individu ada kebergantungan juga dengan faktor lain seperti aktiviti dan cuaca.

Namun, secara umum kita cadangkan anda untuk minum 1 liter air bagi setiap 25 kg berat badan.

Plain water atau air masak.
Air kaler-kaler, bergula semua tu.. tak masuk dalam kiraan ok.

 

Kenapa kena minum banyak plain water?

1. Kembali kepada fitrah

Untuk tubuh berfungsi secara optimum, kita perlu ikut bagaimana sebenarnya tubuh kita ni dijadikan untuk bekerja.

Lebih 60% tubuh manusia memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Ada kajian juga menunjukkan, salah satu punca bermulanya isu kesihatan adalah disebabkan tak minum plain water dengan cukup.

Jadi, just make sure minum air secukupnya.

 

2. Kita nak buang “berat air”.

Pernah dengar orang sebut gemuk air ?

Gemuk air ni adalah bila seseorang mempunyai berat badan berlebihan dan simpan lebih banyak air dalam badan.

Bila sistem detect tubuh susah nak dapat air yang cukup, otak akan mula atur seluruh sistem tubuh supaya “buat simpanan air”.

Macam kaktus atau unta.
Oleh kerana mereka hidup di padang pasir yang susah dapat air, bila dapat air je akan simpan sebaik mungkin.

Kita manusia tak lah dijadikan macam tu, tapi tubuh manusia juga ada mekanisma sendiri untuk simpan air.

Kurang minum air akan buatkan tubuh menyimpan air.

Jadi, dalam usaha untuk fat loss dengan betul kita akan akan keluarkan lebihan air dari badan.

Oh, by the way.
Bila kandungan air tersimpan banyak dalam badan ditambah lagi selalu ambil makanan bergaram, inilah antara punca “water retention”.

Dengan tubuh yang dah buat simpanan air, kemudian tubuh nak normalkan kepekatan garam yang tinggi membuatkan ia perlu lebih banyak air.

Water retention / Edema

Beberapa bahagian tubuh akan seperti membengkak.
Paling biasa berlaku di bahagian kaki. Macam bengkak, bila ditekan lembik dan tak sakit.

Simptom sama juga selalu berlaku pada wanita yang mengandung.

Minum air secukupnya dan elakkan makanan tinggi garam.

 

3. Bantu proses flushing sisa kumbahan dalam perut dan nyahtoksin.

Nak turun berat badan, perlu membuang dengan baik.

Air yang cukup akan memudahkan prose pembuangan dan mengelakkan sembelit apatah lagi kita perlu ambil lebih banyak makanan tinggi fiber seperti sayuran.

Kemudian, kita juga perlu buang toksin dalam sistem tubuh.
Jadi, air adalah sangat-sangat diperlukan dan membantu untuk flush toksin ni keluar.

Kalau sisa kumbahan tak keluar habis, bila timbang nanti masih ada berat tu sekali.

Kita taknak macam tu, kita kalau boleh nak ukur berat tubuh sahaja sebaik mungkin bukan berat yang lain-lain.

Saya akan terangkan lebih lanjut tentang detoks dalam post akan datang.

 

4. Meningkatkan metabolisma

Kajian menunjukkan hanya dengan minum air (plain water-17oz) akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh seseorang sehingga 30%.

Peningkatan ini akan berlaku dalam tempoh 10 minit. Malah ia boleh terus berlaku sehingga 40 minit.

Kalau rasa rajin nak baca fakta kajian, ini salah satu link nya :
https://academic.oup.com/jcem/article-lookup/doi/10.1210/jc.2003-030780

Anda Nak Turun Berat Dengan Cara Yang Mudah, Praktikal, Betul, Selamat dan Terbukti Berkesan?

Free Online Coaching (Group) dan Personal Coaching.

Whatsapp / Telegram Sekarang : KDR‘ ke 018-4024 608

Pengambilan adalah terhad.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Facebook Comments

4 Sebab Perut Buncit

Apakah Diet Kalori ?