in

Dulu Saiz 31 Kini 28 Tanpa Supplemen

Jaga Makan, Squats Di Bilik Air dan Main Dengan Anak

BERJAYA Dulu Saiz 31 Kini 28 Tanpa Supplemen

BERJAYA Dulu Saiz 31 Kini 28 Tanpa Supplemen | Khas untuk anda yang tak dapat nak ambil supplemen.

Supplemen yang betul akan sangat membantu anda lengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong kadar penurunan berat badan.

Tapi itu bukan bermakna tanpa supplemen anda tak boleh turun dengan cemerlang.

Dalam apa jua keadaan, saya akan tetap tekankan kepentingan untuk seseorang lengkapkan keperluan vitamin dan mineral dalam diet (pemakanan) harian.

Bukan sebab nak kurus semata tetapi tubuh manusia memang perlukan nutrisi untuk sihat secara optimum.

Ramai orang abaikan pengambilan vitamin dan mineral dengan anggap dah ianya tak perlu dan membazir apatah lagi supplemen.

Sila perbetulkan pemikiran tersebut sebab NUTRISI adalah KEPERLUAN TUBUH MANUSIA. Kita makan untuk dapatkan “TENAGA dan NUTRISI”.

Tanpa nutrisi tahap kesihatan tubuh akan merosot dan ini adalah salah satu faktor anda mudah mendapat pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan.

NUTRISI adalah WAJIB untuk tubuh.
Jadi, anda wajib dapatkannya melalui pemakanan harian atau lengkapkan melalui pengambilan supplemen yang betul.

 

Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda salah satu Kisah Kejayaan peserta Kurus Dari Rumah di bawah saya yang tidak dapat mengambil supplemen kerana pada waktu itu beliau tidak bekerja.

Ini Mar.. salah seorang peserta Kurus Dari Rumah.

Beliau overweight selepas anak pertama.

Oleh kerana beliau tidak bekerja, tinggal bersama parents dan perlu jaga anak :

1. Makan akan terpaksa ikut pattern apa yang ada bergantung kepada parents.
2. Bagi alasan jaga anak buatkan tak dapat nak full workout.

Apapun, ia adalah sesuatu yang boleh diusahakan.

Setelah saya kongsi cara yang betul (pemakanan dan senaman), beliau cuba amalkan.

Tapi, masih boleh dikatakan berterabur lagi.
Workout pun bila tanya, buat squats je. Itupun sebelum mandi.
Maksudnya, masa workout sangat minimum.

2 minggu pertama, beliau turun 0.5kg sahaja setiap minggu (1kg/2minggu).
Haa.. sedih kan?

Takde sedih pun sebenarnya..
Alhamdulillah, be happy. It’s a progress !!

Amboi… usaha yang ciput.. hasil nak besar hahaha..
Progress tetap adalah progress..

Dan yang bestnya, hanya dalam 2 minggu pertama kulit dah bersih dan makin cantik katanya.

Amacam? Makin cantik kan..

Hanya dengan pengambilan air yang cukup dan pengurangan makanan yang tak sihat.

Bagaimana corak pemakanan yang saya tekankan tu?
Semua tu kita ada discuss dalam group.

Dulu jerawat banyak.. dah makin takde..
Parut jerawat pun dah pudar.
Eh, macam senang pulak sedangkan sebelum ni memang payah sangat hilang..

Ok, takpe..
Yang penting beliau bagitau timbangan yang betul dan jujur dengan diri sendiri.
Mudah kita nak tau kat mana perlu counter isu..

Saya memang perlu semua maklumat untuk dianalisa semula.
So, always feed me dengan info dan progress.

Selepas beberapa sesi konsultansi bersama saya.. beliau lebihkan usaha.
Saya minta gunakan anak sebagai pemberat, tak payah dumbbell pun.

Jadi, beliau guna peluang bermain-main dengan anak kecil workout.
Bukan main saja-saja tapi bermain bersungguh-sungguh.

Kadang kat luar, kat taman, atas katil.. bila-bila yang sesuai je jadikan sesi bermain sebagai modal workout.

Tak lama lepas tu hari raya, semua mula makan macam-macam.
Saya beri sedikit nasihat dan cara untuk atasi isu.

Raya-raya pun boleh je nak makan ketupat rendang lemang kuih muih semua tu.

Haa.. amacam?
Best kan.. enjoy je Kurus Dari Rumah ni.. makan pun makan tapi makin kurus pun ye juga hahaha..

Masa raya tu saudara mara dah mula perasanlah Mar dah lain.

Dah nampak makin kurus, dah nampak beza kulit tu.
Takde dah gurau, jangan habiskan makanan kat dapur..

Gurau..
Kadang kawan-kawan sedara-mara tu gurau je tapi terasa sebab memang big size kan.

Tambahan pulak, individu berbadan besar ni kebanyakan hormon ada yang kurang stabil jadi ia tambah faktor untuk emosi pun kurang stabil juga.

Dah sekarang, inilah result Mar.

Beliau join Kurus Dari Rumah dan mula amalkan gaya hidup sihat.

>> Makan 5 kali setiap hari. <<
>> Boleh makan nasi hari-hari. <<
>> Amalkan pemakanan menyihatkan. <<
>> Workout ikut kemampuan dan masa. <<
>> Join group support Kurus Dari Rumah yang saling sokong perkembangan. <<

Jika anda mahu Kurus Dari Rumah dengan defisit kalori dan diet (pemakanan) sihat yang dilakukan oleh beliau, dan disesuaikan untuk rakyat Malaysia, sila hubungi kami di 018 – 4024 608.

Dengan formula Kurus Dari Rumah :

Anda boleh pilih untuk kurus tanpa supplemen atau ;
Anda boleh boost penurunan berat dengan supplemen yang betul.

Contoh “supplemen yang betul” yang saya maksudkan adalah seperti berikut :

Omega 3 (penting untuk otak dan pada masa sama membantu proses turun berat).
Lecithin (sangat bagus untuk otak dan memori, pada masa saya membantu emulsify lemak).

Bukan ubat kurus tapi vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh sihat dan berkesan untuk counter penurunan berat badan.

Anda dapat sihat, anda dapat kurus.

InsyaAllah kami akan bantu sehingga anda faham cara turunkan berat badan dengan betul, selamat dan praktikal.

Minum 1 Liter Air Masak Untuk Setiap 25kg Berat

Minum 1 Liter Air Masak Untuk Setiap 25kg Berat | Berapakah jumlah air yang perlu anda minum untuk membantu proses turun berat badan?

Keperluan air harian setiap individu ada kebergantungan juga dengan faktor lain seperti aktiviti dan cuaca.

Namun, secara umum kita cadangkan anda untuk minum 1 liter air bagi setiap 25 kg berat badan.

Plain water atau air masak.
Air kaler-kaler, bergula semua tu.. tak masuk dalam kiraan ok.

 

Kenapa kena minum banyak plain water?

1. Kembali kepada fitrah

Untuk tubuh berfungsi secara optimum, kita perlu ikut bagaimana sebenarnya tubuh kita ni dijadikan untuk bekerja.

Lebih 60% tubuh manusia memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Ada kajian juga menunjukkan, salah satu punca bermulanya isu kesihatan adalah disebabkan tak minum plain water dengan cukup.

Jadi, just make sure minum air secukupnya.

 

2. Kita nak buang “berat air”.

Pernah dengar orang sebut gemuk air ?

Gemuk air ni adalah bila seseorang mempunyai berat badan berlebihan dan simpan lebih banyak air dalam badan.

Bila sistem detect tubuh susah nak dapat air yang cukup, otak akan mula atur seluruh sistem tubuh supaya “buat simpanan air”.

Macam kaktus atau unta.
Oleh kerana mereka hidup di padang pasir yang susah dapat air, bila dapat air je akan simpan sebaik mungkin.

Kita manusia tak lah dijadikan macam tu, tapi tubuh manusia juga ada mekanisma sendiri untuk simpan air.

Kurang minum air akan buatkan tubuh menyimpan air.

Jadi, dalam usaha untuk fat loss dengan betul kita akan akan keluarkan lebihan air dari badan.

Oh, by the way.
Bila kandungan air tersimpan banyak dalam badan ditambah lagi selalu ambil makanan bergaram, inilah antara punca “water retention”.

Dengan tubuh yang dah buat simpanan air, kemudian tubuh nak normalkan kepekatan garam yang tinggi membuatkan ia perlu lebih banyak air.

Water retention / Edema

Beberapa bahagian tubuh akan seperti membengkak.
Paling biasa berlaku di bahagian kaki. Macam bengkak, bila ditekan lembik dan tak sakit.

Simptom sama juga selalu berlaku pada wanita yang mengandung.

Minum air secukupnya dan elakkan makanan tinggi garam.

 

3. Bantu proses flushing sisa kumbahan dalam perut dan nyahtoksin.

Nak turun berat badan, perlu membuang dengan baik.

Air yang cukup akan memudahkan prose pembuangan dan mengelakkan sembelit apatah lagi kita perlu ambil lebih banyak makanan tinggi fiber seperti sayuran.

Kemudian, kita juga perlu buang toksin dalam sistem tubuh.
Jadi, air adalah sangat-sangat diperlukan dan membantu untuk flush toksin ni keluar.

Kalau sisa kumbahan tak keluar habis, bila timbang nanti masih ada berat tu sekali.

Kita taknak macam tu, kita kalau boleh nak ukur berat tubuh sahaja sebaik mungkin bukan berat yang lain-lain.

Saya akan terangkan lebih lanjut tentang detoks dalam post akan datang.

 

4. Meningkatkan metabolisma

Kajian menunjukkan hanya dengan minum air (plain water-17oz) akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh seseorang sehingga 30%.

Peningkatan ini akan berlaku dalam tempoh 10 minit. Malah ia boleh terus berlaku sehingga 40 minit.

Kalau rasa rajin nak baca fakta kajian, ini salah satu link nya :
https://academic.oup.com/jcem/article-lookup/doi/10.1210/jc.2003-030780

Anda Nak Turun Berat Dengan Cara Yang Mudah, Praktikal, Betul, Selamat dan Terbukti Berkesan?

Free Online Coaching (Group) dan Personal Coaching.

Whatsapp / Telegram Sekarang : KDR‘ ke 018-4024 608

Pengambilan adalah terhad.

 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Facebook Comments

Turun Berat 80.2 kg Jadi 77.7 kg Dalam 5 Hari

MESTI Adalah Penting Untuk Turunkan Berat Badan